KUALA LUMPUR: Persekutuan Pengilang-Pengilang Malaysia (FMM) berharap kerajaan akan membenarkan syarikat pembuatan dalam semua sektor bukan perlu untuk menyambung semula operasi dengan kapasiti tenaga kerja 50 peratus, tanpa mengambil kira sama ada mereka berada dalam Fasa Satu atau Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara.
Presidennya, Tan Sri Soh Thian Lai berkata pengeluar dalam sektor bukan perlu, terutamanya perusahaan kecil dan sederhana serta mikro (PKSM), kini berada dalam keadaan tenat dan telah terjejas teruk oleh penggantungan perniagaan yang berpanjangan.
Menurut kaji selidik terkini FMM, jualan sektor bukan perlu telah terjejas teruk dan perniagaan menghadapi kekangan aliran tunai yang serius berikutan pesanan yang tertangguh dan yang akan datang terganggu dengan ketidaktentuan mengenai bila operasi akan dibenarkan disambung semula.
"Sementara itu, pembekal menjangka akan dibayar tepat pada waktunya, gaji pekerja perlu dibayar sepenuhnya walaupun tiada kerja sebenar yang dilakukan, utiliti dan sewa perlu dibayar, kos logistik meningkat berikutan pembatalan/penangguhan penghantaran dan/atau kargo yang berada di pelabuhan serta terdapat penalti yang dikenakan terhadap kelewatan penghantaran.
"Ini menyebabkan kebanyakan perniagaan dalam sektor bukan perlu berada dalam situasi yang amat tidak menentu dengan risiko yang menjejaskan, mengakibatkan pengangguran yang tinggi jika sekatan terhadap operasi perniagaan berterusan tanpa tempoh yang tidak dapat ditentukan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Soh berkata terdapat juga kebimbangan bahawa jika mereka tidak dibenarkan untuk menyambung semula operasi dengan segera, banyak perniagaan yang tidak akan ada untuk membantu membina semula ekonomi apabila perniagaan dibenarkan untuk dibuka semula.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 21 2021
Soh Thian Lai berkata pengeluar dalam sektor bukan perlu, terutamanya PKSM, kini berada dalam keadaan tenat dan terjejas teruk. - Gambar fail BERNAMA
Malaysia lihat Kazakhstan sebagai rakan strategik dalam rapatkan hubungan Asia Tengah dan Asia Tenggara
Malaysia menyifatkan Kazakhstan sebagai rakan strategik dalam membina hubungan rapat antara Asia Tengah dan Asia Tenggara.
10 Berita Pilihan - (17 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kronologi serangan balai polis sejak 1980
Kronologi serangan terhadap balai polis di seluruh negara sejak 1980.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: JI masih ada saki baki di Asia Tenggara
Professor Datuk Muhammad Nur Manuty berkata, insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram menunjukkan bahawa kumpulan Jemaah Islamiyah masih mempunyai saki baki ahli di Asia Tenggara.
PM diberikan sambutan rasmi sempena lawatan ke Uzbekistan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah diberikan sambutan rasmi di Kediaman Presiden Kuksaroy pada Jumaat sempena lawatan tiga hari beliau ke Uzbekistan.
AWANI 7:45 [17/05/2024] - Dua anggota polis mati ditembak | Keluarga lebih efektif | Ekonomi global tidak menentu
Tujuh individu direman esok, tragedi serangan Balai Polis Ulu Tiram.
Pengganas JI masih aktif, rekrut ahli keluarga.
Ekonomi tumbuh 4.2 peratus suku pertama 2024.
Bersatu beri tempoh 14 hari, enam ahli berpaling tadah.
Pengganas JI masih aktif, rekrut ahli keluarga.
Ekonomi tumbuh 4.2 peratus suku pertama 2024.
Bersatu beri tempoh 14 hari, enam ahli berpaling tadah.
Lebih 7,000 tapak 5G telah siap dibangunkan di seluruh negara - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata sebanyak 7,065 tapak 5G telah siap dibangunkan di seluruh negara setakat April tahun ini.
Mokhzani letak jawatan pengerusi Maxis, Hamidah dilantik pengerusi sementara
Maxis Bhd hari ini mengumumkan bahawa Pengerusinya, Tan Sri Mokhzani Mahathir akan meletak jawatan berkuat kuasa 30 Jun, 2024.
Jangan ganggu polis teliti siasatan - FAM
Setiausaha Agung FAM Datuk Noor Azman Rahman menasihatkan mana-mana pihak supaya tidak membuat kenyataan yang boleh menghangatkan lagi keadaan.
Jemaah haji diingatkan tidak terlibat aktiviti politik
Selain nasihat berwaspada dengan cuaca panas, bakal haji yang berada di tanah suci dingatkan hanya tumpukan kepada ibadah sahaja dan elak daripada terlibat dalam aktiviti yang berunsurkan politik
Mekanisme levi pelbagai peringkat perlu dilakukan seiring dengan permohonan pekerja asing dalam talian - FMM
Ini akan mengukuhkan keseluruhan proses pengambilan pekerja asing di Malaysia, dan tindakan itu penting untuk menerima pakai lebih banyak teknologi, kata FMM.
Ekonomi Malaysia bakal pulih dengan sokongan eksport - FMM
Data PMI memberi isyarat bahawa aktiviti pembuatan kembali rancak dan berada di landasan untuk mencatatkan pemulihan beransur-ansur.
FMM syor kerajaan tubuh majlis MADANI perkukuh kerjasama sektor awam-swasta
Presiden FMM Tan Sri Soh Thian Lai berkata langkah itu akan membantu menyelaraskan usaha negara dengan nilai-nilai MADANI yang diperjuangkan oleh Perdana Menteri.
Peningkatan Malaysia dalam senarai pemantauan pemerdagangan orang mudahkan akses pasaran antarabangsa - FMM
Laporan TIP tahunan Jabatan Negara AS yang dikeluarkan minggu lepas menyaksikan Malaysia naik kepada Senarai Pemantauan Tahap 2 daripada Tahap 3 sebelum ini.
FMM akan bekerjasama dengan China dalam pelbagai bidang
FMM akan bekerjasama dengan CCPIT dan CCOIC untuk memperkukuh hubungan perniagaan serta kerjasama antara Malaysia dan China.
Pembekuan permohonan pekerja asing akan jejas produktiviti negara - FMM
Pembekuan permohonan pekerja asing akan menjejaskan produktiviti dan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara, kata FMM.
Tiada komitmen dari EU mengenai kebimbangan terhadap peraturan penebangan hutan - MPOC
MPOC akan terus dapatkan penglibatan dalam EUDR, dan bekerjasama dengan rakan kongsi untuk menentang diskriminasi terhadap minyak sawit.
FMM gesa sistem lebih baik mohon dana, geran dan insentif berkaitan IR4.0
Thian Lai berkata ini bagi meningkatkan kecekapan selain memastikan lebih banyak syarikat mengambil bahagian dan memohon insentif kewangan berkaitan IR4.0.
Kerajaan perlu bertindak segera tingkatkan daya saing PKS - FMM
Thian Lai berkata Belanjawan 2023 yang disemak semula perlu memberi tumpuan kepada bidang berkenaan demi ekonomi negara dan dinamisme perniagaan.
FMM gesa kewujudan 'agensi juara tunggal' mengenai TVET
Kerajaan mesti menyelaraskan latihan dan kelayakan serta membina jenama dan pengiktirafan TVET.